Home Sukan BEKAS PEMAIN TAMBAH DERITA NEWCASTLE

BEKAS PEMAIN TAMBAH DERITA NEWCASTLE

LONDON: Nuno Espirito Santo meraih kemenangan pertama mengendalikan Nottingham Forest apabila Chris Wood melakar hatrik untuk membenam bekas pasukannya, Newcastle 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Wood meninggalkan Newcastle untuk menyertai Forest dalam perjanjian £15 juta (RM85.5 juta) pada Jun, tetapi hanya menjaringkan empat gol untuk kelab baharunya itu.

Pemain antarabangsa New Zealand berusia 32 tahun itu hanya berjaya menjaringkan dua gol liga untuk Newcastle musim lalu, tetapi dia mengatasi jumlah berkenaan dengan mencipta hatrik dalam masa 60 minit di St James’ Park.

Penalti babak pertama Alexander Isak meletakkan Newcastle di depan, tetapi Wood menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Penyerang Nottingham Forest, Chris Wood meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi menentang Newcastle United di Stadium St James’ Park. Foto REUTERS


Pengurus Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo (kiri) dan pemain tengah, Anthony Elanga memberi tepukan kepada penyokong mereka di Stadium St James’ Park. Foto AFP

Dia kemudian menjaringkan dua gol lagi pada separuh masa kedua untuk memberikan bekas pengurus Tottenham, Nuno kemenangan sulungnya bersama Forest dalam perlawanan keduanya sebagai pengurus selepas menggantikan Steve Cooper yang dipecat.

Ia adalah kemenangan pertama Forest dalam lapan perlawanan dan hanya kemenangan kedua mereka dalam 15 perlawanan terakhir sekali gus membolehkan mereka mempunyai kelebihan lima mata daripada zon penyingkiran menjelang baki perlawanan hari ini.

Kekalahan kelima Newcastle dalam tujuh perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan menyebabkan mereka ketinggalan tujuh mata daripada kelompok empat pasukan teratas. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here