KOTA BHARU: Kelantan FC terus diaibkan dengan kekalahan terbaharu 2-6 kepada ‘adik’ senegeri, Kelantan United Football Club (KUFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu sebentar tadi.
Memetik laporan menerusi berita harian,Tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit 13 hasil hantaran Mohamad Khala’if Mohd Naskam yang disempurnakan Muhammad Afif Jazimin Mohd Yusoff.
Kelantan menerima sepakan penalti selepas Khala’if dijatuhkan dalam kotak penalti namun tendangan ubi muda itu melantun terkena tiang gol pada minit ke-22.
Afif Jazimin terus menjadi watak penting TRW apabila menggandakan gol menerusi sepakan penalti selepas Kha’laif sekali lagi dijatuhkan pelawat pada minit ke-26.
Namun kegembiraan tuan rumah tidak lama apabila tandukan Muhamad Hafiy Haikal Ismail yang lolos dua pertahanan Kelantan akhirnya menghadirkan gol pertama KUFC pada minit ke-29.
Memasuki babak kedua, Kijang Hijau membuat tiga pertukaran pemain dengan mengeluarkan Mohd Syazwan Zainon, Muhammad Asraff Alifuddin Yasin dan Muhamamd Syazwan Salihin dan memasukkan Sharvin Selvakumaran, Indra Putra Mahayuddin dan import, Ismaheel Akinade.
Sharvin membalas kepercayaan dengan gol kedua KUFC pada minit ke-49.
Kedua pasukan terus ghairah mencari gol namun lorongan cantik Sharvin disambut kemas Ismaheel dengan menyepak mudah bola untuk KUFC menambah jaringan ketiga pada minit ke-60.
Tendangan deras Sharvin memberi bekal selesa KUFC yang mudah menewaskan Muhammad Irfan Haikal Mohd Iffendi untuk gol keempat 15 minit kemudian.
Anak buah Nazrulerwan Makmor sempat menambah jaringan kelima di masa tambahan hasil sepakan Royizzat Daud dan sebelum tiupan wisel tamat, lagenda Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menoktahkan kemenangan KUFC untuk gol keenam apabila menyempurnakan sepakan percuma pelawat.
KUFC pulang dengan tiga mata sambil disaksikan 315 org penonton.-BH ONLINE-
Imedikel TV






