Home Sukan PEMAIN KUFC PULA DAKWA TAK TERIMA GAJI SEJAK OGOS

PEMAIN KUFC PULA DAKWA TAK TERIMA GAJI SEJAK OGOS

190
0

KUALA LUMPUR: Bukan setakat Kelantan FC, malah ‘saudaranya’, Kelantan United (KUFC) turut terpalit dengan isu tunggakan gaji yang menyaksikan pemain pasukan itu tidak menerima gaji sejak Ogos lalu.

Memetik laporan menerusi berita harian,Lebih memeritkan, pengurusan KUFC didakwa ‘pilih kasih’ selepas sekadar menyelesaikan tunggakan gaji buat pemain import kerana bimbang pemain terbabit akan membuat laporan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Menurut sumber, pemain mengambil pendekatan untuk berdiam diri sebelum ini bagi memastikan urusan permohonan lesen kebangsaan berjalan lancar selain mahu menjaga nama baik pasukan itu.

Namun sumber mendakwa pemain menjadi berang selepas mendapat layanan yang tidak adil daripada pengurusan selepas mereka mendapat tahu bahawa pengurusan hanya melunaskan tunggakan gaji import.

“Kita belum membuat laporan kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sebab mahu jaga nama kelab. Kami dapat tahu bahawa pasukan ada membayar gaji pemain import kerana mereka (pemain import) mahu membuat laporan kepada FIFA.

“Itu yang membuatkan kami ralat kerana gaji sudah tertunggak hampir setengah tahun. Mereka lulus pelesenan kelab kerana kita jaga pasukan, tidak mahu hebohkan biarpun hampir lima bulan.

“Tetapi apabila mereka buat begini (bayar gaji import sahaja), ini sudah tidak betul. Pemain tempatan pun ada komitmen sendiri dan buat masa ini, tiada apa-apa yang dijanjikan kelab kerana mereka hanya berdiam diri.

“Saya bercakap untuk pemain lain juga, ada yang kereta kena tarik, kena sorok kereta, kena halau keluar rumah dan terpaksa pinjam duit. Saya rasa, ini sudah melampau kerana kami dibiarkan terkapai-kapai,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, barisan kejurulatihan KUFC yang enggan dinamakan turut mengesahkan perkara terbabit dan mengakui sedih selepas mereka juga tidak memperolehi pendapatan sejak Ogos lalu.

Untuk rekod, KUFC ketika ini menghuni tangga ke-12 Liga Super selepas menghimpun 14 mata hasil tiga kemenangan dan lima keputusan seri.-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here