Home Luar Negara 61 TRAK BANTUAN KEMANUSIAAN MEMASUKI UTARA GAZA – PBB

61 TRAK BANTUAN KEMANUSIAAN MEMASUKI UTARA GAZA – PBB

113
0

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata semalam 61 trak membawa bekalan perubatan, makanan dan air berjaya dihantar ke utara Gaza berikutan pemberhentian sementara perang.

Sejumlah 200 lagi trak dihantar ke semenanjung gaza dari nitzana, israel, menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB dalam satu kenyataan, dengan 187 sudah melepasi sempadan menjelang petang semalam.

Memetik laporan AFP menerusi berita harian, sejumlah 11 ambulans, tiga bas mini dan trak dihantar ke hospital Al-Shifa, yang menyaksikan pertempuran sengit sejak kebelakangan ini, bagi membantu proses pemindahan.

Menurut PBB, sehari sebelum pemberhentian sementara perang antara Hamas-Israel berkuatkuasa bagi memudahkan penukaran tebusan untuk tahanan, sejumlah 137 trak menghantar bantuan ke Gaza.

Ocha mengalu-alukan pembebasan lebih ramai tebusan dan memperbaharui gesaan kami supaya semua tebusan dan tahanan dibebaskan segera tanpa syarat, sekali gus memberi kelegaan kepada keluarga mereka.

Pertukaran banduan untuk tebusan berterusan sehingga awal pagi tadi, dengan Hamas dijangka membebaskan 50 tebusan sepanjang empat hari pemberhentian sementara perang, bagi 150 tahanan Palestin, di bawah perjanjian diusahakan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS).

Pejuang Hamas menculik kira-kira 240 tebusan apabila menyerang Gaza pada 7 Oktober lalu, mengorbankan sekitar 1,200 mangsa, menurut pihak berkuasa Israel.

Susulan itu, Israel melancarkan serangan balas paling berdarah dalam sejarah dengan tembakan mortar, artileri dan serangan dari laut, udara serta darat bagi menghapuskan hamas, menyebabkan lebih 15,000 mangsa terbunuh, kebanyakannya orang awam.-AFP, BH ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here