Home Buletin Semasa KEKANG JENAYAH BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL DARI BANGKU SEKOLAH

KEKANG JENAYAH BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL DARI BANGKU SEKOLAH

154
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

KOTA BHARU: Jenayah buli dan gangguan seksual perlu dikekang dari peringkat awal.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (jaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor berkata, dua masalah tersebut perlu dibendung bagi mengelakkan menjadi lebih parah dalam masyarakat kita khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kita nak kekang kedua masalah ini di peringkat bangku sekolah lagi supaya perkara ini tidak berlaku di masa akan datang dan komuniti madani sama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga berperanan sebagai agen penyampai maklumat dalammasyarakat supaya segala apa yang kita taklimat hari ini dapat disampaikan kepada masyarakat sekitar,” katanya di sidang media selepas Perasmian Program Kesedaran Keselamatan Komuniti Peringkat Daerah Kota Bharu 2023, di Dewan Sri Buloh asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh, di sini, pada Rabu.

Majlis itu dirasmikan Ketua Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Hishamuddin Abdul Rashid.

Nor Aswadi berkata, dalam program tersebut, dua panel jemputan hadir memberi taklimat.

Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Kelantan (SKMM), Wan Nurul Ain Wan Mohd Razali, memberi taklimat berkenaan ‘klik dengan bijak’.

Manakala taklimat ‘gangguan seksual’ disampaikan pegawai Siasatan Gangguan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan, inspektor Norsyafikah Mat Jusoh.

“Kita jemput penceramah daripada MCMC untuk bercakap berkenaan dengan klik dengan bijak dan cara bagaimana kita bergerak seiringan internet sebagai pengguna yang bijak supaya tidak menjadi mangsa kepada scammer dan tidak melakukan apa yang dianggap sebagai kesalahan dalam Akta Komunikasi dan sebagainya. Manakala pihak PDRM pula bercakap berkenaan dengan jenayah buli dan gangguan seksual,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar sekolah tersebut, Syed Mohd Danish Syazwan Syed Salleh, 16, berkata daripada taklimat tersebut, dia dapat menambah ilmu pengetahuan tentang jenayah buli dan gangguan seksual.

“Untuk hari ini saya dapat belajar tentang kemudahan sosial media, kebaikan dan keburukan sosial media.

“Daripada ceramah inspektor tadi, saya dapat lebih lagi pengetahuan tentang gangguan seksual. Contoh gangguan seksual, Phedophilia, tentang gangguan seksual terhadap kanak-kanak, yang tu saya baru tahu. sebelum ini hanya kes mencabul,” katanya.

Fahren Haqimimmi Che Mohd Shahrizan dan Muhammad Shahrunizam Abdul Rahman juga senada dengan Danish.

Mereka lebih terdedah dengan banyak perkara tentang masalah tersebut selepas mendengar taklimat ‘gangguan seksual’ daripada inspektor Norsyafikah.

Untuk para gadis dan wanita di luar sana, ini sedikit nasihat daripada pelajar yang menyertai program tersbut.

“Nasihat saya kepada gadis di luar sana adalah jaga pakaian anda, jangan memakai pakaian ketat, pakai pakaian yang menutup aurat serta jaga keselamatan diri,” katanya.

I Medikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here