Home Buletin Semasa PANTAI DESTINASI MUSIM PERCUTIAN

PANTAI DESTINASI MUSIM PERCUTIAN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

BACHOK: Sempena cuti persekolahan dan Deepavali, pantai menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga.

Tinjauan I Medikel TV di Pantai Irama, Bachok, semalam mendapati ramai pengunjung memanfaatkan cuti bersama keluarga masing-masing.

Ada yang mandi di pantai dan juga berkesempatan bermain layang-layang.

Zaquan Aqeef, 13, berkata dia datang ke pantai bersama keluarganya.

“Seronok datang ke pantai, boleh main layang-layang dengan adik beradik dan sepupu. Nak pergi bercuti jauh ambil masa, datang pantai pun dah cukup.

“Kalau cuti sekolah, seronok sebab abah dan ibu bawa datang pantai, nak “healing” lepas dah penat belajar di sekolah,”katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Pemandu bas ekspres, Aqram Abdullah, 36, berkata dia kebetulan cuti dan membawa ibu dan keluarga ke pantai tersebut.

“Orang cakap pantai ni dah makin cantik, saya datang je la bawa keluarga. Lagipun cuti sebagai pemandu bas tak menentu, kebetulan cuti masa anak-anak cuti sekolah, bawa mereka datang sini.

“Lagipun kalau di Kelantan ni, tempat yang selalu orang ramai akan berkunjung mesti kat pantai atau air terjun untuk berkelah, baguslah untuk meluangkan masa dengan keluarga tercinta, anak-anak pun seronok,” katanya.

Di negeri Che Siti Wan Kembang terdapat banyak pantai yang menarik dan indah untuk dikunjungi antaranya Pantai Melawati, Pantai Senok, Pantai D’Aur dan lain-lain lagi.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here