Home Segmen Kesihatan KERAP BERPELUH PUNCA PANAU

KERAP BERPELUH PUNCA PANAU

KOTA BHARU, KELANTAN: Panau atau bahasa saintifiknya Tinea Versicolor adalah sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.

Penyakit panau boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata disebabkan oleh tompokan putih pada badan individu.

Tanpa disedari, ia berlaku disebabkan oleh tubuh badan yang kerap berpeluh.

“Panau memang bukan asing lagi bagi kita, kebanyakan penyakit panau menyerang masyarakat asia yang beriklim tropik dan panas. Mesti ramai yang ingin tahu apa sebenarnya penyakit panau ini dan bolehkah penyakit ini disembuhkan? Mari kita dengar penjelasan berkaitan penyakit ini daripada ahli farmasi I Medikel”, katanya.

Menurut Ikram, penyakit panau mudah dijangkiti oleh mereka yang kerap menghasilkan peluh berlebihan dan kulit yang berminyak pada tubuh badan.

Katanya, ia juga boleh dijangkiti disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari sekaligus bergantung kepada sistem imuniti seseorang itu.

“Faktor seseorang boleh terkena panau adalah seseorang itu dia sentiasa berpeluh walaupun tidak melakukan aktiviti bersukan dia duduk pun kadang-kadang dia boleh berpeluh macam tangan dan sekitar tengkuk la sekitar leher, faktor yang kedua adalah kekurangan zat dalam pemakanan menyebabkan imuniti kita menjadi rendah, faktor ketiga adalah cuaca yang mana cuaca yang lembap boleh mengaktifkan kulat Malassezia ini dan menyerang badan kita”, katanya.

Jelas Ikram, jangkitan panau boleh dilihat pada bahagian dada, badan, lengan, muka, kaki dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh.

Menurutnya, apabila seseorang itu dijangkiti panau, mereka akan mendapati adanya tompok jelas berwarna putih dengan permukaan yang berdebu halus.

“Gejala dia kita boleh tengok gatal kemerahan berlakunya tompok putih di muka dan tompok itu membesar”, katanya.

Jelasnya, sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat namun masalah kulat itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pesakit.

Tambahnya, pesakit yang dijangkiti penyakit itu dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengawal kelembapan di kawasan lipatan kulit atau sendi.

“Dia sebenarnya bukan sebab mandi, dia bila kita berpeluh mandi liang peluh kita mengeluarkan minyak jadi bila kita mandi minyak itu dia akan mengeras dekat liang itu dan menyebabkan senangnya kulat untuk tumbuh dekat situ”, katanya.

Menurut Ikram, penyakit itu boleh sembuh dengan rawatan seperti menggunakan ubat sapu anti kulit namun ianya mengambil masa sehingga berbulan-bulan agar tona kulit kembali seperti biasa.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here