Home Buletin Semasa PESTA BUKU KELANTAN PUPUK MINAT MEMBACA

PESTA BUKU KELANTAN PUPUK MINAT MEMBACA

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Di zaman era teknologi terkini yang dipenuhi gadjet sebagai keutamaan bagi mereka untuk mendapatkan maklumat dan membaca menerusi e-book.

Namun, masih ada dalam kalangan kita yang mengutamakan buku sebagai rujukan untuk mengeksplorasi agar memperoleh lebih banyak ilmu pengetahuan.

Sempena berlangsungnya Pesta Buku Darul Naim anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), orang ramai serta pelajar berpeluang memupuk minat membaca sekaligus dapat melahirkan masyarakat yang gemar membaca.

Seorang pelajar, Elissa Mohd Zokry, 16, Pasir Putih berkata, dia tidak akan melepaskan peluang untuk ke pesta buku setiap kali tiba penganjurannya.

Elissa Mohd Zokry, 16, Pasir Putih berkunjung ke Pesta Buku Darul Naim untuk membeli buku Fixi.
Apabila tiba penganjuran pesta buku, memang saya akan datang bersama ibu bapa untuk membeli buku jenis Fixi kerana saya memang gemar membaca buku itu disebabkan pengaruh kawan sejak saya berada di tingkatan satu.

“Setakat ini, koleksi buku Fixi yang saya kumpul sebanyak tiga buah buku dan saya bercadang untuk datang ke pesta buku ini untuk membeli dan menambah koleksi lagi,”katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pesta Buku Darul Naim, di Mydin Tunjong, di sini, baru-baru ini.

Manakala seorang lagi pelajar Syahmi Salihin, 15, Tumpat, berkata harga buku yang dijual di pesta buku jauh lebih murah berbanding kedai buku lain.

Syahmi Salihin, 15, Tumpat, minat membaca buku bertemakan sejarah di Malaysia.

“Saya memperuntukkan sebanyak RM50 untuk membeli buku rujukan akademik pada hari ini.

Menurut Syahmi yang juga anak kedua dari tiga beradik, dia sekarang sedang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan dan gemar membaca buku bertemakan Sejarah di Malaysia.

Selain itu, pesta buku Darul Naim itu bermula pada 23 Oktober dan berakhir pada 28 Oktober 2023.

IMedikel TV


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here