Home Buletin Semasa 29 KONTINJEN, 1,200 PESERTA MENYERTAI PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI PAHANG

29 KONTINJEN, 1,200 PESERTA MENYERTAI PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI PAHANG

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

PEKAN: Sebanyak 29 kontinjen membabitkan 1,200 peserta menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang 1448/2026 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Perarakan bermula jam 8 pagi sejauh lebih satu kilometer (km) bermula di perkarangan Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah dan berakhir di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Program diserikan lagi dengan aktiviti ceramah agama oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor,

Datuk Dr Nooh Gadot dan persembahan nasyid kumpulan Rabbani.

Syed Ibrahim ketika berucap menegaskan, umat Islam perlu terus mengekalkan perpaduan dalam memastikan negara ini dapat terus berada dalam keadaan aman dan makmur tanpa menimbulkan masalah.

“Semua pihak perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan terbaik (uswah hasanah) bagi umat manusia dalam seluruh aspek kehidupan.

“Begitu indahnya akhlak Baginda yang perlu dijadikan contoh teladan oleh umatnya,” katanya yang turut sama berarak bersama kontinjen.

Pada majlis berkenaan bekas Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Norzan Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maulidur.

Anugerah Ummah diberikan kepada Allahyarham Sheikh Hussein Abdul Rahman.

Anugerah Daie diberikan kepada S Mahdzir S nordin dan Anugerah Pendidikan milik Mustafa Abdul Jabar.

Bagi pertandingan perarakan kontinjen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan kontinjen Polis Pahang juara kategori badan beruniform.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here