Home Buletin Semasa 13 PATI DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU JIM KELANTAN DI LOJING

13 PATI DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU JIM KELANTAN DI LOJING

33
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GUA MUSANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan menahan 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menerusi Ops Belanja, Ops Minyak dan Ops Selera yang dijalankan di sekitar Lojing, dekat sini, Sabtu lalu.

Pengarah Imigresen Kelantan, Garry Belayong John Siki berkata operasi yang bermula seawal jam 4 pagi itu membabitkan 18 pegawai pelbagai pangkat daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Kelantan hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan warga asing.

Hadir sama Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan), Ruzaana Mohamed.

Katanya sepanjang operasi, sebanyak lapan premis diperiksa membabitkan 25 warga asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 13 PATI ditahan terdiri daripada enam lelaki warga Bangladesh, empat lelaki warga Pakistan, seorang lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga Myanmar serta seorang wanita warga Indonesia.

“Kesemua mereka dibawa ke Kompleks Imigresen Negeri Kelantan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,”katanya dalam satu kenyataan.

JIM Kelantan menyeru orang ramai agar terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Katanya tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara atau bersubahat dalam melindungi PATI. 

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here