Home Buletin Semasa 1,000 RIDER BERHIMPUN SOLIDARITI PALESTIN

1,000 RIDER BERHIMPUN SOLIDARITI PALESTIN

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Gaza merentap jiwa seluruh dunia.

Atas dasar perikemanusian dan tanda solidariti kepada rakyat palestin, kira-kira 1,000 “rider” daripada 40 kelab motor di Kelantan bergabung dan berkumpul di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, pada Jumaat.

“Hari ini kita gabungkan semua atas dasar kita sayangkan Palestin dan kita nak tunjuk kepada dunia bahawa golongan mat motor, kita bukan golongan mat rempit, kita golongan mat motor yang ada sebahagian berdaftar dengan pihak ROS dan sebahgian berdaftar secara dalaman sahaja. Tapi mereka ini bersatu hati membawa suara yang kami ni satunya anti keganasan dan kita menolak sekeras-kerasnya setangan yang dilakukan oleh pihak Israel bermula dari 7 Oktober sehingga sekarang masih lagi pihak saudara kita Islam di bumi Palestin laluinya.


Dia berkata demikian kepada pemberita selepas Himpunan 2 Roda untuk Mu Palestin (Hiroup 1.0), di sini.

Safwan berkata, pihaknya merancang himpunan tersebut dalam tempoh tiga hari dan ia dipermudahkan dengan kerjasama pihak terbabit.

“Tengahari ni kita bersatu hati dalam suatu suara yang mana kita nak beritahun bikers seluruh Kelantan peduli, hashtag kita, kita peduli akan nasib saudara kita di sana, kiat nak hantar dalam bentuk senjata kita tak mampu, nak hantar sumbangan fizikal kita tak mampu, tetapi apa yang kita mampu di sini adalah sumbangan daripada segi sudut kewangan dan doa sahaja yang kita ada di sini. Dah puas menangis.
Program hari ini kita bukan sahaja datang derma, bukan sahaj datang berkumpul dan bukan sahaja datang bersilaturahim tetapi supaya ia terus lekat dalam diri.”

Menurutnya, dengan cara berhimpun seperti itu ia memberi semangat kepada individu dan berdoa agar rakyat Palestin sentiasa dilindungi oleh rejim Zionis.

Sementara itu, seorang rider Mohammad Asri Abdullah, dari Kuala Krai berkata, beliau bersama 30 biji motor menyertai himpunan itu bagi menyambut soldariti palestin.

“Kami sebanyak 30 biji dan datang seawal jam 10 pagi.

“Sambutan amat meriah dan memberangsangkan di sini, banyak kita sokong tentang kezaliman yang berlaku dekat Palestin, semoga kita mendapat kemenangan daripada sokongan tersebut.

“Harapan saya semoga Palestin dapat keamanan dan kebebasan yang sepatutnya daripada penjajahan rejim Zionis yang telah membuat kezaliman kepada Palestin,”katanya.

Pada himpunan itu kutipan derma sebanyak RM8,771 dikumpul dalam tempoh dua jam sepanjang himpunan berlangsung dan akan diserah kepada pertubuhan cakna Palestin Kelantan.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here