Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
BACHOK: Radicare (M) Sdn Bhd menanam sebanyak 1000 anak pokok bakau di Pantai Melawi menerusi Kempen Penanaman 100 juta pokok bakau di bawah tanggung jawab sosial korporat (CSR).
Pengurus Besar Negeri Kelantan Radicare (M) Sdn Bhd, Mohd Pikri Muhd Zain, berkata Pantai Melawi adalah lokasi pertama di negeri Kelantan dalam melaksanakan kempen penanaman pokok bakau tersebut.

“Ini menjadi inisiatif kita dalam menjadi pemangkin kepada usaha pemuliharaan kawasan litupan hijau dan hutan untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.
“Setiap pokok yang kita tanam pada hari ini adalah bukti dedikasi kita untuk memelihara keindahan dan daya hidup alam semulajadi,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas Program Penanaman Pokok Bakau di Pantai Melawi sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok di bawah CSR Radicare (M) Sdn Bhd di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata hutan bakau memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesan perubahan iklim untuk melindungi komuniti pantai daripada bencana alam selain memelihara biodiversity.

Program ini adalah kerjasama JKNK, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Majlis Daerah
Bachok (MDB) dan juga Pejabat Tanah Jajahan Bachok.
IMEDIKEL TV






