Home Luar Negara 1,000 PATI MENDARAT DI SEPANYOL DALAM SEHARI

1,000 PATI MENDARAT DI SEPANYOL DALAM SEHARI

ARGUINEGUIN: Lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) tiba di kepulauan Canary, Sepanyol dalam tempoh sehari, selepas melakukan pelayaran berbahaya dari Afrika.

Antara yang mendarat semalam itu termasuk sebuah bot membawa 320 pati, yang menurut penyelamat adalah bot paling sesak pernah mereka lihat.

Pertubuhan palang merah yang membantu merawat pati terbabit, berkata bot kayu yang tiba di Kepulauan on The Island Of El Hierro itu menandakan rekod terbesar ketibaan pati dalam sebuah bot.

Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian rekod sebelumnya ialah sebuah bot membawa 271 pati yang tiba di El Hierro pada 3 oktober lalu.

Ketibaan pati yang mendarat semalam merangkumi 783 di El Hierro, 98 di Tenerife dan 150 di Gran Canaria, menurut palang merah, yang menambah bahawa kebanyakan pati adalah wanita dan kanak-kanak kecil.

Di Gran Canaria, pengawal pantai menunda sebuah bot kayu membawa pati termasuk bayi, masuk ke pelabuhan Arguineguin, yang turut menempatkan bot kayu digunakan pati sebelum ini.

Kesemua tujuh pulau di semenanjung Atlantik itu kini menjadi destinasi utama bagi pati dan pelarian yang cuba melarikan diri ke Sepanyol.

Tahun ini, jumlah yang melakukan perjalanan berbahaya itu berlipat ganda dengan ketara, terutama pati dari Senegal dan negara Afrika lain.

Antara 1 januari dan 15 oktober tahun ini, kepulauan berkenaan menerima 23,537 pati, peningkatan 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, berdasarkan data rasmi.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh ketuka cubaan merentas lautan itu pada tahun ini, menurut pertubuhan kebajikan, walking borders.

Pemangku menteri migrasi Sepanyol menjanjikan pakej bantuan bernilai 50 juta euro ($53 million) pada 19 oktober lalu bagi membantu kepulauan Canary menampung jumlah kemasukan pati yang ‘luar biasa tinggi’.

-REUTERS, BHARIAN ONLINE-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here