Home Hiburan XPDC BAWA ‘BUAH TANGAN’ BAHARU AMBIL KONSEP RAKAMAN ‘UNDUR BELAKANG’

XPDC BAWA ‘BUAH TANGAN’ BAHARU AMBIL KONSEP RAKAMAN ‘UNDUR BELAKANG’

39
0

Kerinduan peminat rock untuk menikmati album terbaharu kumpulan heavy metal terkenal tanah air, XPDC akan terlerai apabila mereka bakal tampil dengan album terbaharu, tidak lama lagi.

Buat kali pertama juga XPDC yang dianggotai oleh Izo (gitar), Arif (gitar), Eddie (bass) dan Lola (drum) akan muncul bersama vokalis terbaru, Mamu Zul Fazli.

Paling mengujakan, Lola membawa berita gembira apabila memberitahu album baharu ini membawa semula roh rakaman album Kita Peng-Yu (terbitan 1994) yang mencatat jualan 150,000 unit dan Brutal (1997) yang merekod jualan 300,000 unit. “Album ini memang tampil sepenuhnya dengan konsep XPDC dengan vokalis Mamu. Ia (album baharu) hanya akan memuatkan lima lagu dan bukan dihasilkan dalam konsep ‘advance’ ke depan.

“Tapi sebaliknya ke belakang seperti konsep (album) Kita Peng- Yu dan Brutal. Sebabnya, Life Records yang nak konsep macam itu, mereka nak kami buat seperti dulu.

“Life Records keluar modal dan minta kami buat balik seperti mana dua album ini. Mereka nak bunyi itu. Album V6 dan Samurai kan lain sikit. Dia macam moden sikit,” katanya kepada media pada sidang media Konsert 3 Veto, baru-baru ini.

Menurutnya, bunyi album Kita Peng- Yu dan Brutal agak berbeza dengan album XPDC yang lain dan konsep inilah yang dimahukan oleh Life Records.

“Bahkan Izo pun ada cakap selepas dua album ini, lahir Samurai dan V6. Album itu dia macam nak ‘explore’ muzik macam Metallica. Dulu mereka ada buat ‘Re-load’ dan dia nak eksperimen ‘sound’ masa itu.

“Bunyi dua album ini (Samurai dan V6) tiada bunyi Kita Peng- Yu dan Brutal. Masa itu pun saya baru join album Samurai dengan V6. Saya tanya Izo kenapa album ini tiada bunyi Kita Peng-Yu dan Brutal?

“Dia kata, kau main sajalah. Maksudnya dia nak ‘explore’ satu benda bunyi lain yang moden. Masa itu pun dah nak masuk tahun 2000 kan. Dia nak ketengahkan bunyi lain,” katanya.

Katanya, dia percaya rakaman album Samurai dan V6 dibuat tanpa menggunakan gitar untuk rakaman album Kita Peng-Yu dan Brutal.

“Bila Life Records suruh buat semula konsep album yang ini, dia ada masalah sikitlah. Izo kena cari balik gitar dia yang itu, yang boleh dapat bunyi itu.

“Masa recording pun kita kena pakai jurutera bunyi yang merakam album Kita Peng-Yu dan Brutal. Jadi barulah dapat bunyi itu, tapi rakaman secara digital dan ia berbeza dengan analog,” katanya.

Jurutera bunyi yang dimaksudkan terbabit dalam rakaman album-album XPDC ialah Zairi yang pernah bertugas dengan King Studio, iaitu sebuah studio rakaman terkenal pada era 1990-an.

“Zairi kini sedang mixing album terbaru kami. Dia juga akan terbabit sebagai frontman Konsert 3 Veto yang menggandingkan kami bersama Search dan Wings,” katanya.

Konsert anjuran Bintang Batu Event & Seri Simfoni Sdn Bhd ini akan berlangsung di Megastar Arena, Bukit Bintang pada 1 Ogos nanti. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here