Home Hiburan WAN SHARMILA SERU RAKYAT MALAYSIA BERSEDEKAH

WAN SHARMILA SERU RAKYAT MALAYSIA BERSEDEKAH

240
0

KUALA LUMPUR: Pelakon, Wan Sharmila, 44, menyeru orang ramai untuk bersama-sama melaksanakan amalan bersedekah tanpa melihat bantuan itu disalurkan ke negara mana kerana menghulur sumbangan adalah perkara yang baik.

Wan Sharmila yang mesra disapa Lala ini berkata, ia menjadi sebahagian harapan dalam hatinya untuk mengajak masyarakat prihatin di negara ini sama-sama tampil menderma.

“Saya kalau boleh nak ajak ramai-ramai agar terbabit menyumbang dana untuk misi Malaysia Aid 2 Syria anjuran Muslim Care Malaysia (MCM). Semoga ramai lembut hati untuk hulurkan bantuan.

“Inilah harapan besar saya untuk mengajak ramai-ramai menjadi dermawan, rajin bersedekah. Bukan untuk ajar diri saya saja, tetapi ajak orang lain juga supaya sedar bersedekah itu walau sedikit pun ada pahalanya.

“Malah, pahala bersedekah juga besar dan berterusan sampai ke akhirat nanti. Amalan yang takkan putus ialah antaranya sedekah apabila kita sudah tiada (meninggal dunia). Jangan berkira walau dari negara mana,” katanya.

Menurut Lala, dia tahu kebanyakan rakyat Malaysia prihatin, baik hati dan mudah sangat membantu orang lain umpama membuka tangan seluas-luasnya dalam menolong apa saja Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Lala berkata, antara penyertaan rakyat Malaysia yang kita boleh nampak sebelum ini tentunya isu boikot untuk perjuangan Palestin yang memang bersemangat dan bersatu hati, termasuk komen di media sosial

Baru-baru ini, Lala yang menyertai MCM dengan kerjasama rakan strategiknya dijangka bakal berlepas ke Syria untuk menjayakan misi Malaysia Aid 2 Syria pada 21 Januari ini sehingga 2 Februari depan.

Presidennya, Zulkifli Wahijan juga mensasarkan dana kira-kira RM1 juta diperuntukkan bagi menyempurnakan misi itu di empat lokasi bantuan iaitu Damsyik, Aleppo, Homs dan Hama.

Pada misi kemanusiaan ke Syria itu, MCM juga dijangka akan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan antaranya pek makanan, pakaian musim sejuk dan pemeriksaan kesihatan.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin turut serta melaksanakan misi sumbangan ini boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia 564490413882 (Maybank) dengan rujukan ‘AID2SYRIA’.- HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here