Home Buletin Semasa TIGA PELAJAR SMKTPR TERIMA ANUGERAH KEBANGSAAN STPM 2022

TIGA PELAJAR SMKTPR TERIMA ANUGERAH KEBANGSAAN STPM 2022

400
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV

PASIR MAS: Seramai tiga pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja (SMKTPR) di sini, menerima anugerah kebangsaan 2022.

Barisan tenaga pengajar Tingkatan 6 SMKTPR

Tiga pelajar terbaik berkenaan, Aishah Nasuha Zukri Suzita, Rafiqah Iwani Hanafi dan Zahrah Zulkifli masing-masing memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Guru Ko Kurikulum Tingkatan 6, Wan Rosdi Wan Hamat berkata, tiga pelajar berkenaan adalah daripada 86 calon STPM 2022.

Guru Ko Kurikulum Tingkatan 6 SMKTPR, Wan Rosdi Wan Hamat berkata tiga pelajar STPM 2022 menerima anugerah peringatan kebangsaan.

“Daripada 86 calon STPM 2022, 14 calon mendapat keputusan PNGK 4.00, dan daripada 14 calon tersebut tiga dariapada mereka dinobat sebagai penerima anugerah kebangsaan.

“Saya cukup gembira dan terharu  dengan kejayaan ini kerana kita telah dapat mengekalkan kecemerlangan kita bermula dari tahun 2008 hingga 2002, yang mana kita berjaya melahirkan 79 calon untuk mencapai keputusan PNGK 4.00 dan kita telah menghantar pelajar untuk menerima anugerah di peringkat kebangsaan seramai 11 calon iaitu tahun 2017; 3 calon, 2019; 3 calon 2021; 2 calon manakala tahun ini 2022; 3 calon,”katanya ketika dihubungi wartawan I Medikel TV, hari ini.

Pelajar terbaik STPM, SMKTPR yang menerima anugerah kebangsaan 2022. Dari kiri Aishah Nasuha Zukri Suzita, Rafiqah Iwani Hanafi dan Zahrah Zulkifli.- Foto Ihsan Guru SMKTPR

Beliau berkata ini adalah kejayaan besar bagi pihak SMKTPR dengan kerjasama daripada guru-guru, ibu bapa dan pihak terlibat.

“Harapan saya untuk tahun seterusnya SMKTPR khususnya Tingkatan 6 ini dapat terus mengekalkan kejayaannya iaitu nombor satu di negeri Kelantan dan seterusnya dapat membawa setiap tahun pelajar menerima anugerah di peringkat kebangsaan.

“Untuk tahun ini seramai 138 calon STPM, kami berharap agar pelajar 2023 mampu mencapai keputusan seperti tahun 2022 kerana pencapaian keputusan semester satu 2023 kita sudah ada calon mencapai PNGK 4.00. InsyaAllah keputusan STPM 2023 juga dapat kekal di puncak,”katanya.

Pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2022 dari SMKTPR menerima keputusan hari ini.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here