Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU:Individu yang berkait kes buli perlu dilaporkan supaya siasatan dan tindakan dapat diambil.
Menurut kenyataan di laman Facebook Kementerian Pendidikan (KPM), salah laku buli perlu dilaporkan menerusi platform sistem Aduan Buli KPM).
“Bagi membolehkan siasatan dilaksanakan, butiran kejadian seperti tarikh, masa, lokasi serta perincian salah laku termasuk siapa pelaku dan mangsa yang terlibat dalam kes tersebut perlu dinyatakan di dalam aduan.
“Tanpa maklumat penting tersebut, siasatan dan tindakan sukar untuk diambil. Pengadu turut mempunyai pilihan untuk membuat laporan aduan secara anonym,”menurut kenyataan itu.
Aduan juga boleh dilaporkan menerusi saluran panggilan telefon menerusi nombor 03-8884 9325 atau panggilan telefon dan whatsapp menerusi talian 014-800 9325.
KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik langkah-langkah menangani salah laku buli bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah.
IMedikel TV





