Home Sukan TFC BAKAL BUAT ROMBAKAN PEMAIN

TFC BAKAL BUAT ROMBAKAN PEMAIN

401
0

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) bakal melakukan rombakan pasukan sebelum mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026 yang dijadualkan bermula Ogos ini.

Memetik laporan Harian Metro, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menegaskan, rombakan perlu dilakukan bagi memastikan skuad Penyu itu benar-benar mantap.

Ia selepas TFC yang menyasarkan sekurang-kurangnya satu trofi dan berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super musim 2024/2025 gagal mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI).

“KPI TFC pada musim ini tidak dicapai selepas pasukan menamatkan saingan liga di tempat kelima selain tidak berupaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala.

“Jadi untuk musim baharu nanti, akan berlaku rombakan pemain, tetapi tidak sepenuhnya kerana TFC mempunyai ramai pemain muda tempatan yang bagus untuk digilap oleh barisan kejurulatihan agar lebih baik,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, pihaknya mengintai pemain import berkualiti dengan harga tidak terlalu tinggi bagi memperkasakan lagi pasukan.

Musim ini, TFC dibimbing jurulatih muda meningkat naik, Badrul Afzan Razali yang mengambil alih tugas daripada pengendali kelahiran Croatia, Tomislav Steinbruckner bermula Oktober 2024. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here