Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Tempoh masa perbahasan Belanjawan 2025 yang dijangka pada Oktober nanti akan dilanjutkan sehingga 10.30 malam.
Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, kebiasaannya Parlimen bersidang dari jam 10 pagi hingga 8 malam.
“Sebelum ini saya hadkan hingga 8 malam. Kali ini saya akan memberikan ruang seluas-luasnya bagi perbahasan untuk belanjawan kali ini supaya setiap ahli Parlimen dapat berucap.
“Saya berharap ahli Parlimen dapat fokus kepada bajet. Fokus kepada bagaimana kita boleh menumpukan perhatian kepada pembangunan negara,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Lawatan Kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Se-Malaysia Tahun 2024, di sini, hari ini.
Hadir sama Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau turut berharap bajet kali ini lebih baik dari tahun sebelum ini.
IMEDIKEL TV






