Home Buletin Semasa SULTAN MUHAMMAD V BAKAL BERJALAN KAUS BERSAMA RAKYAT DALAM WALKATHON D’RAJA ‘WALK...

SULTAN MUHAMMAD V BAKAL BERJALAN KAUS BERSAMA RAKYAT DALAM WALKATHON D’RAJA ‘WALK WITH ME’ 2026

11
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan mencemar duli bagi mengetuai acara Walkathon D’Raja Walk With Me 2026 pada 14 Februari depan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV kira-kira jam 7:30 malam.

Penganjuran acara itu adalah edisi ke-enam setelah kali terakhir diadakan 10 tahun lalu dan edisi kali ini membawa tema “In The Memory of Dato’ KY” sebagai penghormatan khusus bagi mengenang jasa dan sumbangan Almarhum Yang Mulia Datuk Tengku Ibrahim Farihaddin Datuk Tengku Feissal.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Tengku Mohamad Faziharudean Al Haj Tengku Feissal berkata, almarhum adalah Bendahari Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi yang telah bekerja keras menjayakan program ini sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2011.

“Program yang menjadi cetusan idea Baginda Sultan Kelantan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara raja dan rakyat selain memperkukuh silaturahim, acara ini juga mempromosikan budaya hidup sihat dan menyatukan rakyat pelbagai kaum serta latar belakang,” katanya pada sidang media Program Walkathon D’Raja ’Walk With Me’ 2026 In The Memory Of Dato’ KY, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), di sini hari ini.

Program berkenaan adalah anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dengan Kerjasama Pejabat SUK.

”Antara sorotan utama program adalah Karnival Walkathon D’raja diadakan bermula 12 hingga 14 Februari depan dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk Food Festival, pameran agensi kerajaan dan swasta, serta pertunjukan gajah, pengisian keagamaan turut diselitkan antaranya tahlil dan ceramah agama.

”Bagi aktiviti kebudayaan dan sukan pula, orang ramai boleh menyertai senamrobik, pertandingan memasak, pertandingan mewarna kanak-kanak, serta menyaksikan pertunjukan teh tarik.

”Acara kemuncak pula adalah Walkathon D’Raja sejauh 3.2 kilometer yang akan bermula dan berakhir di Stadium Sultan Muhammad IV pada malam 14 Februari depan, Sultan Muhammad V, Sultanah Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan akan berangkat mencemar duli berjalan kaus bersama rakyat,” katanya.

Katanya karnival itu turut mensasarkan penyertaan seramai 15,000 peserta yang terdiri daripada pelajar, kakitangan penjawat awam dan swasta, serta komuniti setempat.akan memeriahkan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

”Yuran penyertaan adalah berjumlah RM45.00 seorang (individu/badan kerajaan/swasta) dan RM30.00 seorang (pelajar).

”Peserta berdaftar akan menerima baju program untuk dipakai semasa acara kemuncak pada malam 14 Februari 2026.

”Program ini pernah mencatatkan sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan terbesar dalam Walkathon D’Raja pada tahun 2011,” katanya.

Jelas beliau, orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan karnival dan menyertai acara walkathon ini bagi membina semangat kebersamaan masyarakat Kelantan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here