Home Hiburan SITI NORDIANA BERAT HATI LEPASKAN ANAK KE ASRAMA

SITI NORDIANA BERAT HATI LEPASKAN ANAK KE ASRAMA

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana, mengakui berat hati melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 18, tinggal di asrama apabila melanjutkan pengajian, tidak lama lagi.

Memetik laporan Berita Harian, Siti Nordiana atau nama penuh, Siti Nordiana Alias, 42, berkata Rayyan bakal mengikuti program asasi perniagaan dan teknoloji maklumat di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Ogos depan.

“Saya sebenarnya risau. Saya pula ibu tunggal dan hanya ada seorang anak. Kami tidak pernah berjauhan, jadi saya agak takut. Dialah penghibur saya di rumah dan kawan baik saya. Kami sangat rapat.

“Tetapi, mahu atau tidak, saya kena lepaskan anak kerana dia perlu kejar cita-cita dan bina kehidupannya sendiri,” katanya ketika ditemui pada Konsert The Soundstage di Zepp Kuala Lumpur di sini, baru-baru ini. 

“Saya fikir mana-mana ibu yang mempunyai anak tunggal pasti risau. Biasalah, sebagai ibu memang ada kerisauan. Saya percaya bukan saya seorang merasakannya.

Bagaimanapun, Siti Nordiana menyokong pilihan Rayyan jika anaknya itu mahu belajar hidup berdikari.  

“Kami tidak pernah berenggang. Cuma ada masanya saya keluar daerah atau hadiri persembahan di luar Kuala Lumpur. Itu perkara biasa, tetapi untuk tinggal berasingan, belum pernah lagi.

“Namun, jika dia tinggal di asrama, saya masih boleh melawatnya di kolej. Dia juga boleh pulang ke rumah pada hujung minggu.

“Kalau dia tiada di rumah nanti, saya boleh tonton drama Korea atau buat siaran langsung. Ada banyak cara untuk menghilangkan rasa sunyi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti Nordiana baru melancarkan single duet bersama Jaclyn Victor berjudul Setulusnya.

Siti Nordiana berkata, kerjasama itu direalisasikan selepas menerima banyak permintaan daripada peminat yang mahu melihat mereka berganding dalam sebuah lagu.

“Kami terima banyak permintaan untuk berduet kerana peminat melihat kami sangat akrab dan serasi bersama. Kami juga sering berkongsi video dalam media sosial, jadi, ramai yang suka melihat kemesraan kami.

“Tambahan pula, lagu Nisan Cinta mendapatsambutan yang sangat menggalakkan. Jadi, kami sepakat tampil dengan sebuah lagi single duet.

“Sebenarnya sangat mudah berduet dengan Jaclyn kerana dia profesional dan tidak banyak ragam,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here