Home Buletin Semasa SEMANGAT PERPADUAN MASYARAKAT SEMAKIN RAPUH

SEMANGAT PERPADUAN MASYARAKAT SEMAKIN RAPUH

238
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Bidang teknologi semakin berkembang maju dan pesat akan tetapi perpaduan kaum melayu semakin rapuh dan mudah dipengaruhi oleh anasir luar.

Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Jasri Kasim dalam teks ucapannya berkata pegangan kepada fahaman yang berbeza terhadap politik menjadi salah satu faktor kepada kelonggaran perpaduan ummah negara.

“Jika tidak diatasi segera, dikhuatiri suatu ketika nanti akan menjadi bom atom yang boleh memusnahkan keharmonian dan kedamaian yang sedang kita nikmati ketika ini.”katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan 2023, di Mydin Tunjong, di sini, hari ini.

Beliau berkata walaubagaimanapun rakyat perlu dididik supaya menjaga tata kelakuan dan bertoleransi dalam setiap tindakan agar perpaduan dapat dikekalkan.

“Satu lagi penyumbang kepada retaknya perpaduan dikalangan masyarakat kita ialah ledakan maklumat yang cepat dan pantas melalui penggunaan media sosial bagaikan tidak dapat dikawal.”katanya.

Menurut Jasri, media sosial telah disalahgunakan oleh segelintir masyarakat yang tidak beretika untuk menyebarkan berita dan penipuan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada orang ramai.

Tambahnya, kecenderungan pengaruh negatif daripada media sosial terhadap golongan remaja dan kanak-kanak boleh menyumbang kepada kurangnya semangat patriotik sehingga menghakis perpaduan dalam kalangan mereka.

Jasri berkata disebalik kebebasan bersuara yang diamalkan, masyarakat perlu menanamkan semangat toleransi dalam diri mereka agar tidak menimbulkan persengketaan dan kekacauan antara satu sama lain.

“Kita perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain, jangan kita mainkan isu-isu sensitif terutamanya membabitkan institusi Yang Di-Pertuan Agong dan raja-raja melayu.”katanya.

Tambahnya orang ramai perlu bijak dan berhati-hati dalam menyuarakan pendapat terutamanya menerusi penggunaan media sosial walaupun Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here