Home Buletin Semasa REMAJA LEMAS DI SUNGAI KAMPUNG RABBANA, JELI

REMAJA LEMAS DI SUNGAI KAMPUNG RABBANA, JELI

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JELI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rabbana, Kuala Long, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, PKPgB Mohd Adni Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan, mangsa ditemui pada jam 7.30 malam oleh pasukan bomba pada jarak kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa terjatuh. 

“Kami menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 7.04 malam berhubung kejadian berkenaan.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari BBP Jeli digerakkan ke lokasi kejadian sejauh lima kilometer dan tiba kira-kira jam 7.14 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, komander operasi menerima maklumat daripada orang awam bahawa mangsa dipercayai jatuh ke dalam sungai,”katanya dalam kenyataan itu.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Operasi mencari dan menyelamat membabitkan 10 anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jeli.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here