Home Buletin Semasa PROGRAM KOMUNITI MADANI SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK

PROGRAM KOMUNITI MADANI SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK

290
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Bagi menanamkan semangat patriotik sepanjang Bulan Kemerdekaan, beberapa program berkaitan diadakan kesinambungan daripada Program Komuniti Madani.

Ketua Komuniti Madani Daerah Tumpat, Ahmad Shafik Ab Rahman berkata hasil daripada perbincangan antara komuniti, mereka bersepakat untuk mengadakan program di peringkat daerah dengan pengisian yang menarik.

“Program hari ini adalah rentetan daripada Program Komuniti Madani segmen kemerdekaan dan Bulan Kebangsaan.

“Jadi kita ambil inisiatif kita berbincang antara komuniti di daerah Tumpat, kita gabungkan dan kita adakan di peringkat daerah.

“Program pertama adalah program hari ini iaitu Peluncuran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang,”katanya selepas Program Jiwa Komuniti Madani dan Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2025 Daerah Tumpat, di sini, hari ini.

Katanya program itu dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negeri ini.

“Selepas peluncuran kita ada lagi program di peringkat komuniti.

“Kita ada 12 komuniti dan terdapat beberapa program di peringkat itu yang berbentuk kemerdekaan.

“Pada sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos depan pula kita jangkakan 2,000 pengunjung akan hadir.

“Antara tarikan adalah perarakan 24 buah motosikal roda tiga atau coley berhias,”katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan, Hasim Mohamed, ketika berucap berkata terdapat pelbagai program kemerdekaan dilaksanakan termasuk Kembara Merdeka Jalur Gemilang Negeri Kelantan 2025 dan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan.

“Di negeri Kelantan kita ada 135 Komuniti Madani yang melaksanakan program kemerdekaan termasuk di Tumpat.

“Terdapat pelbagai program kebangsaan termasuk sukan antara jabatan, pertandingan hiasan rumah dan lain-lain yang berkait dengan kemerdekaan,”katanya.

Katanya sehingga kini terdapat 74 program kemerdekaan sudah dilaksanakan dan berakhir pada 16 September depan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here