Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PASIR MAS: Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan penyeludupan produk kosmetik bernilai RM15,000 di kawasan tepi sungai di jalan Kasban, di sini pada 1.30 pagi, hari ini.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, produk itu dirampas ketika pihaknya membuat rondaan Op Taring Wawasan, di sini, dan ternampak beberapa kotak di kawasan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati barangan itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibawa masuk ke pasaran tempatan tanpa dokumen yang sah.
“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam,” katanya.
Jelasnya, kesemua barangan rampasan di bawa ke Komtak Jeram Perdah untuk disiasat.
PGA terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
IMedikel TV






