Home Buletin Semasa PGA TUMPAS CUBAAN SELUDUP 250 ANAK POKOK TANAMAN

PGA TUMPAS CUBAAN SELUDUP 250 ANAK POKOK TANAMAN

250
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TANAH MERAH: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki cuba menyeludup tanaman, di sini, pada jam 2.00 pagi Isnin.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata penahanan itu membawa kepada penemuan 250 anak pokok tanaman.

Batalion 9 menahan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 250 anak pokok tanaman ditemui di dalam kenderaan tersebut dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM 25,000,. Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit,”katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

Katanya suspek berumur 39 tahun dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here