Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
KOTA BHARU: Semalam, perasmian Jelajah Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2023 dan Y-Hub dengan pelbagai aktiviti disediakan.
Jelajah itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Adam Adli, di Kompleks Belia dan Sukan, Panji, di sini.

Dalam teks ucapannya, beliau mengajak belia untuk terlibat dalam kegiatan yang bermanfaat.
Katanya Y-Hub adalah inisiatif jangka Panjang untuk mewujudkan platform pembangunan komuniti setempat yang dikelola pekerja belia seoenuh masa dengan membawa konsep lepal bermanfaat kepada golongan muda.

Antara aktiviti di Y-Hub adalah pertandingan catur, studio belia, bengkel asas gitar, language challenge, demonstrasi membaiki telefon dan lain-lain.
Sebelum itu, Adam sempat melawat aktiviti yang dijalankan termasuk pertandingan mobile legends, klinik bola sepak Rakan Muda juga Himpunan Seni Mempertahankan Diri.
Imedikel TV






