Home Buletin Semasa PENANAMAN PADI SISTEMATIK DENGAN SMART SBB

PENANAMAN PADI SISTEMATIK DENGAN SMART SBB

277
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

BACHOK: Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan merupakan inisiatif baharu dengan penggunaan teknologi seperti jentanam (transplanter) yang diperkenalkan bagi proses penanaman padi secara sistematik.

Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Azman Mahmood, berkata pelaksanaan program Smart SBB yang dilaksanakan mampu membantu hasil padi melebihi 50 peratus.

“Menggunakan teknologi (iot) dan jentanam supaya kita boleh bersama sama petani supaya kita boleh menanam dengan lebih efisien dan kita tidak mahu penggunaan baja dan racun dibazirkan,”katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Azman berkata program Smart SBB Ala Sekinchan juga mampu meningkatkan pendapatan pesawah dengan menyasarkan pendapatan sebulan sebanyak RM4,000 daripada pendapatan sebelumnya iaitu RM1,700.

Katanya setakat ini pihaknya sudah melancarkan lebih 11,000 hektar tanaman padi seluruh negara kecuali Melaka dan Johor dengan penglibatan 5,000 pesawah.

“Penggunaan jentanam adalah dapat membantu menyeragamkan jarak tanaman, pertumbuhan dan kadar kematangan padi,”katanya.

Beliau berkata hasil jentanam itu dapat mengoptimumkan penggunaan benih daripada tujuh (7) beg kepada empat (4) beg serta dapat mengurangkan peratus kadar pemutuan padi.

“Jika kita mampu hasilkan 7 hingga 10 metrik tan per hektar, kita tidak lagi bergantung kepada negara luar untuk import beras, malah boleh dieksport,”katanya.

Menurutnya, dengan penghasilan 7 metrik tan (MT) bagi seluruh pesawah, maka Malaysia akan menjadi negara pengeksport.

Tambahnya, kebergantungan kepada import akan menimbulkan masalah dari segi kenaikan dolar.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here