Home Sukan PEMAIN QATAR, MADIBO DIGANTUNG LIMA PERLAWANAN

PEMAIN QATAR, MADIBO DIGANTUNG LIMA PERLAWANAN

45
0

LOS ANGELES: Pemain tengah Qatar, Assim Madibo digantung lima perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA susulan terjahan yang menyebabkan pemain tengah Kanada, Ismael Kone cedera.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, dalam kemenangan 6-0 Kanada ke atas Qatar di Vancouver minggu lalu, Madibo melakukan terjahan ke atas Kone pada minit ke-56.

Insiden itu menyaksikan Madibo dilayangkan kad merah selepas semakan video, manakala Kone patah tulang tibia dan fibula sebelum menjalani pembedahan tidak lama selepas perlawanan.

Madibo pada asalnya digantung untuk aksi terakhir kumpulan Qatar yang menyaksikan mereka tewas 3-1 kepada Bosnia dan Herzegovina awal pagi tadi, sebelum badan induk bola sepak dunia itu menambah hukuman berkenaan.

Keputusan itu sekali gus menamatkan kempen Qatar di Piala Dunia 2026, bermakna Madibo perlu menjalani baki penggantungan empat perlawanan lagi dalam kejohanan FIFA akan datang, yang berkemungkinan besar pada Piala Asia 2027. 

Minggu ini, gambar Madibo melawat Kone yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda turut tersebar, dengan kedua-dua pemain dilihat berpelukan sebagai tanda hubungan mereka kembali pulih. 

Kone dijangka terlepas aksi selama empat hingga lima bulan, namun dijangka pulih sepenuhnya. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here