Home Buletin Semasa PEGAWAI POLIS DIREMAN TIGA HARI MINTA SUAPAN RM10 RIBU KELUARGA MANGSA ROGOL

PEGAWAI POLIS DIREMAN TIGA HARI MINTA SUAPAN RM10 RIBU KELUARGA MANGSA ROGOL

255
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang pegawai polis ditahan reman selama tiga hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta suapan RM10,000 daripada keluarga mangsa rogol.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid terhadap lelaki berusia 30-an itu bermula hari ini hingga Rabu selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai polis itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Lelaki berkenaan tiba di mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Terdahulu, lelaki terbabit ditahan SPRM Kelantan di pejabatnya di Jeli petang semalam kerana disyaki meminta suapan RM10,000 daripada keluarga mangsa rogol.

Suspek ditangkap selepas dipercayai meminta wang daripada pengadu yang juga seorang wanita sebagai pertukaran untuk menutup kes rogol membabitkan anak perempuan mangsa yang berlaku beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here