Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Laman sesawang publicinfobanjir melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya iaitu 10.32meter melepasi tahap normal sebanyak 1.33 meter, namun tiada perubahan trend setakat 12.30 tengah hari ini.
Manakala tiga sungai iaitu Sungai Sokor di Kampung Sokor berada pada paras 18.05 meter melepasi tahap amaran 18.00 meter, Sungai Galas di Limau Kasturi berada pada paras dengan bacaan 58.82 meter melepasi tahap amaran 57.50 meter dan Sungai Kelantan di Kuala Krai berada pada paras23.02 meter melepasi tahap amaran 22.50 meter.
Sementara itu empat sungai iaitu Sungai Kusial di Kusial Baru, Tok Bali, Kampung Pulau Lima dan Sungai Lebih di Kampung Tualang berada paras waspada.
IMedikel TV






