Home Luar Negara NETANYAHU LULUS SERANGAN DRON KE ATAS KAPAL GSF BULAN LALU – CBS...

NETANYAHU LULUS SERANGAN DRON KE ATAS KAPAL GSF BULAN LALU – CBS NEWS

474
0

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, secara langsung meluluskan operasi ketenteraan ke atas dua kapal bulan lalu.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, kapal berkenaan adalah sebahagian daripada Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza membawa bantuan dan penyokong pro-Palestin, lapor CBS News, semalam.

Perkara itu disahkan sendiri oleh dua pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan pada 8 dan 9 September lalu, pasukan Israel melancarkan dron dari sebuah kapal selam.

Selain itu, bahan pembakar juga dijatuhkan ke atas kapal yang berlabuh di luar pelabuhan Sidi Bou Said, Tunisia.

Serangan itu dipercayai menyebabkan kebakaran di atas kapal berkenaan. -Reuters, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here