MILAN: AC Milan merapatkan jurang kepada lima mata di belakang pendahulu Serie A, Inter Milan selepas menewaskan Torino 3-2 di San Siro.
Memerik laporan Reuters menerusi Berita Harian, kemenangan itu menyaksikan Milan kembali ke tangga kedua liga dengan kelebihan satu mata ke atas Napoli, yang sebelum ini menewaskan Cagliari 1-0.
Torino terlebih dahulu menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Giovanni Simeone.
Bagaimanapun, Milan bangkit pada separuh masa kedua dengan dua gol pantas daripada Adrien Rabiot dan Youssouf Fofana untuk memastikan tiga mata penting.
“Kami tahu kami tidak cukup agresif pada separuh masa pertama, jadi kami kembali dengan lebih bersemangat dan berjaya menjaringkan dua gol,” kata Fofana.
Torino merapatkan jurang menerusi sepakan penalti lewat permainan oleh Nikola Vlasic, namun gagal menghalang kemenangan tuan rumah.
Milan kini mengukuhkan peluang untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah apabila mendahului sembilan mata ke atas pasukan tangga kelima Juventus.
Dalam satu lagi aksi, Juventus terlepas peluang untuk naik ke tangga keempat selepas sekadar seri 1-1 dengan Sassuolo.
Kenan Yildiz meletakkan Juventus di hadapan pada minit ke-14, namun Andrea Pinamonti menyamakan kedudukan buat Sassuolo pada awal babak kedua hasil hantaran Domenico Berardi.
Manuel Locatelli turut mensia-siakan peluang apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti lewat permainan.
Juventus kini berkongsi 54 mata dengan Como yang akan menentang Pisa. – REUTERS, BH Online –
IMedikel TV






