Home Buletin Semasa KPM, MARA LAKSANA SISTEM TUNGGAL MASUK SBP, MRSM

KPM, MARA LAKSANA SISTEM TUNGGAL MASUK SBP, MRSM

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju untuk melaksanakan sistem tunggal bagi penawaran penempatan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan sekolah khusus bermula pada tahun 2026.

KPM dalam kenyataan berkata inisiatif itu bagi memastikan isu pertindihan tawaran dapat ditangani serta pelajar terbaik dan yang benar-benar layak mendapat tempat.

“Ia juga memastikan pengurusan sumber yang baik serta pengisian tempat di SBP, MRSM dan sekolah khusus dapat dilaksanakan secara optimum.

“KPM dan MARA memberi tumpuan kepada aspek pemilihan pelajar yang lebih adil dan inklusif. Penawaran sebanyak 60 peratus diperuntukkan kepada calon daripada keluarga B40 di kawasan luar bandar dan miskin bandar,”menurut kenyataan itu semalam.

Menurut KPM calon Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) boleh memohon melalui Sistem Permohonan Sekolah Khusus. Manakala calon sekolah yang tidak berdaftar bawah KPM boleh memohon menggunakan sistem MyMRSM yang diuruskan oleh MARA.

KPM dan MARA beriltizam mereformasikan ekosistem pendidikan negara demi manfaat murid, guru dan seluruh masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here