Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) terus memperkasakan bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan.
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan dalam ucapannya, berkata DBPWT sudah melaksanakan pelbagai usaha dalam tempoh 25 tahun untuk menaikkan martabat Bahasa.
“Saya kira DBPWT telah berjaya meletakkan dirinya pada satu kedudukan yang penting dan wajar. Warga kerja DBPWT pastinya menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran dalam usaha memastikan kelangsungan perjuangan DBP dalam mengangkat bahasa, sastera dan ilmu di Wilayah Timur terus kekal relevan.
“Dalam meniti masa hadapan, menjadi harapan saya agar DBPWT terus berinovasi dan memperkasa usaha-usaha memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan,”katanya dalam ucapan.

Katanya pihak DBP perlu beradaptasi dengan perubahan zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi, serta memperluaskan capaian agar lebih ramai masyarakat dapat menikmati manfaat daripada program-program yang dilaksanakan
Beliau berkata demikian di Majlis Sambutan 25 Tahun DBP Wilayah Timur, di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, di sini, pada Selasa.
Hadir sama Ketua Pengarah DBP, Dr Hazami Jahari, Pengarah DBPWT, Ariza Ismail.

Dalam majlis tersebut pihak DBPWT turut menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategiknya termasuk pihak Imedikel Pharma Holding yang diwakili Naib Presiden, Hasnah Zakaria.
IMedikel TV






