Oleh: Afrizam Arif @I Medikel TV
PASIR PUTEH: Bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Wan Omar Wan Majid meninggal dunia di kediamannya di Kampung Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh pada 3.25 pagi, hari ini akibat sakit tua.
Anak keduanya, Kapten (B) Wan Marzudi Wan Omar mengesahkan perkara berkenaan.
“Jenazah Allahyarham bapa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Raja Dagang, Pasir Puteh kira-kira 11 pagi tadi.
“Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak selama dua penggal dari 1974 hingga 1982,” katanya.
Katanya, Allahyarham berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pasir Puteh dari 1986 hingga 1995 atas tiket UMNO dan Semangat 46.
IMedikel TV






