Kota Batam merupakan Kota Terbesar di kepulauan Riau di mana wilayah kota ini terdiri dari Pulau Batam, Pulau Rempang dan Pulau Galang serta pulau-pulau kecil lainnya di kawasan Selat Singapura dan Selat Melaka.
Baru-baru ini Team Imedikel TV sempat membuat tinjauan di Kota Batam, Indonesia.
Menjadi tempat tumpuan pelancongan, Batam merupakan salah satu kota yang strategik bagi semua pengunjung.
Batam bukan sahaja terkenal sebagai bandar Perindustrian dan Hab Pengangkutan baharu malah pulau tropika ini juga merupakan sebahagian daripada zon perdagangan bebas dalam segi tiga pertumbuhan antara Indonesia – Malaysia – Singapura.
Team Imedikel TV sempat ke Kota Batam dengan menaiki Feri dari Johor Bharu dan mengambil masa hanya 90 minit untuk ke kota tersebut.
Pulau Batam mempunyai enam terminal Feri iaitu di Sekupang, Waterfront City, Batam Center, Harbour Bay, Nongsapura, dan Telaga Punggur.
Batam juga dikenali dengan pulau ‘Kecil Tetapi Sibuk’ yang seluas 45 km persegi ini dapat menampung hampir sejuta penghuni, beratus-ratus kilang-kilang milikan antarabangsa, pekan-pekan, pusat-pusat membeli-belah serta laluan masuk ke kepulauan riau.
Terletak hanya 20 km dari Singapura dan 25 km dari Johor di Malaysia, kedudukan strategik pulau ini menjadikan ia mudah diakses melalui udara dan air dan dengan itu menjadikan ia destinasi kesukaan industri pelancongan dan perniagaan.
Dengan kedudukannya yang strategik, pulau ini meningkat naik menjadi sebuah kota industri dengan pembangunan pesat kilang-kilang elektronik, industri pembaikan kapal air yang besar dan berkembang, serta sektor perkhidmatan minyak yang lebih besar.
Maka tidak hairan Batam menjadi salah satu pusat pelancongan seluruh dunia malah menjadi tumpuan khusus para usahawan kerana mempunyai daya tarikan sendiri.
— Imedikel TV






