Home Ulasan Wartawan APA ITU VERTIGO?

APA ITU VERTIGO?

524
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Ramai dalam kalangan kita masih tidak mengetahui apa itu vertigo.

Vertigo adalah suatu keadaan di mana seseorang merasa pening dan menjadi tidak stabil. Malah telinga menjadi berdengung.

Mereka yang mengalami vertigo akan berasa seolah-olah berpusing atau keadaan di sekeliling berpusing.

Biasanya vertigo berpunca daripada masalah pada bahagian telinga.

Menurut sumber PhysioMobile, antara sebab berlakunya vertigo adalah Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV).

BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak.

Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

Kedua, Penyakit Meniere’s ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.  

Ketiga Vestibular neuritis atau labyrinthitis. Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Simptom-simptom vertigo: Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk. Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa seperti berpusing, senget, terawang-awangan, Rasa tidak seimbang mudah jatuh dan Rasa seperti ditarik ke satu arah

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here