Gaza: Angka kematian di Gaza akibat pengeboman berterusan Israel meningkat kepada 4,651, termasuk 1,873 kanak-kanak, kata Kementerian Kesihatan di kawasan dikepung pada Ahad.
Jurucakap kementerian Ashraf Qudra dalam berkata, 1,023 wanita juga antara yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.
Jumlah yang cedera pula sudah mencecah 14,245, tambah jurucakap itu.
Israel melakukan serangan berterusan dan sekatan ke atas Gaza selepas Hamas menyerang wilayah diduduki menerusi Operasi Taufan Al-Aqsa yang mengorbankan 1,400 orang.
Serangan balas rejim itu bagaimanapun menyebabkan penduduk Palestin menderita krisis kemanusiaan apabila tiada bekalan elektrik, air, makanan, bekalan perubatan dan bahan air.
Konvoi bantuan kemanusiaan pertama hanya memasuki Gaza selepas rundingan beberapa hari, pada Sabtu menerusi sempadan Rafah di Mesir.
– AGENSI, HMetro Online –
IMEDIKEL TV






