Home Sukan ZII JIA,AARON-WOOI YIK KE SEPARUH AKHIR TERBUKA DENMARK

ZII JIA,AARON-WOOI YIK KE SEPARUH AKHIR TERBUKA DENMARK

220
0

KUALA LUMPUR: Dua wakil negara pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia dan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Denmark 2023 di Odense, awal pagi tadi.

Memetik laporan menerusi berita harian,Pada aksi suku akhir di Arena Jyske Bank, pemain profesional Zii Jia menyingkirkan pencabar dari Jepun, Kenta Nishimoto 21-18, 21-18 dalam perlawanan sengit yang mengambil masa 51 minit.

Juara Terbuka Artik itu dijadual bertemu pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yu yang menumpaskan pemain tuan rumah Rasmus Gemke 21-17, 21-12 pada satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Aaron-Wooi Yik turut mara ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 24-22, 18-21, 21-12.

-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here