Home Buletin Semasa HABIBI DIGAYAKAN DENGAN GAUN “ALA PENGANTIN”

HABIBI DIGAYAKAN DENGAN GAUN “ALA PENGANTIN”

148
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah Abdullah, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Hanya mengambil masa dua hari untuk menyiapkan gaun ala pengantin “Habibi.”

Itu kata pemilik kucing jenis British Short Hair, Noah Dawson, 30, dari Kuala Lumpur.

Kucing yang diberi nama Habibi itu menang pertandingan kucing cantik, Fabulous Fun Cat Show Kelantan 2023, di Giant, Tunjong pada Sabtu.

Menurut Noah, idea untuk menyarungkan gaun ala pengantin kepada Habibi semasa pertandingan tersebut adalah daripada model gaun pengantin.

“Saya dapat tahu dekat Kelantan kawan saya buat event cat show, sekali dia buat dengan fashion show juga, jadi saya datang disebabkan ada fashion show. Ini kucing yang saya bawa jenis British Short Hair, nama dia Habibi, jadi fesyen show bertemakan flor, gaun ala-ala wedding dress dipenuhi dengan bunga-bunga yang nampak hidup macam ni lah.

“Kita ambil masa dua hari, ni pun kira last minute kita buat, sebenarnya kita ada dua dress, satu merah dan satu hijau yang paling susah yang ni sebab dia banyak lekuk-lekuk nak kena buat berlayer-layer, tapi kita cuba untuk buat dalam masa dua hari je sebelum saya gerak ke sini.

Jauh dari Kuala Lumpur, Noah berkata dia tidak menjangka untuk menang pertandingan tersebut.

Katanya yang pertama kali menyertai pertandingan di Kelantan, dia hanya minat menyertai cat show disebabkan kasih sayang terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW itu.

“Saya tak jangka sebab itu rezeki masing-masing, cuma dia menang rezeki budak ni.”

Noah yang memiliki 30 ekor kucing pernah menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Kita ada masuk international show, fun show pun memang masuk, biasanya kita akan masuk lagi-lagi kalau dia ada selitkan kategori fashion show lagi kita akan masuk.”

Dia berharap pertandingan itu dapat diteruskan kerana melalui pertandingan tersebut mereka dapat menambah kenalan baru yang meminati dunia kucing selain dapat melihat rekaan fesyen peserta lain dan boleh digabungkan idea itu untuk pertandingan akan datang.

Sementara itu, penganjur pertandingan itu, Nur Hidayu Abdul Rahim, berkata dia berpuas hati dengan penyertaan kali ini.

Katanya bukan sahaja peminat kucing dari negeri ini yang menyertai pertandingan tersebut malah ada juga peminat kucing dari luar Kelantan datang tanda sokongan mereka dalam dunia kucing.

Hidayu yang juga pengurus Pusak Pethouse, berkata terdapat 5 kategori dalam Fabulous Fun Cat Show volume 2 2023 kali ini iaitu kitten short hair (kurang 9 bulan), kitten longhair (kurang 9 bulan), adult short hair (10 bulan ke atas), adult longhair (10 bulan ke atas) dan domestic long&short hair (6 bulan ke atas).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here