Home Buletin Semasa PERUNTUKAN RM237 JUTA DIMANFAAT KELANTAN BINA ENAM FASILITI SUKAN SUKMA

PERUNTUKAN RM237 JUTA DIMANFAAT KELANTAN BINA ENAM FASILITI SUKAN SUKMA

174
0

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Bagi persediaan Kelantan sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Kerajaan negeri akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM276 juta diberikan kerajaan pusat bagi membina enam fasiliti sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan Zamakhshari Muhamad berkata, fasiliti berkenaan melibatkan pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau dan Pusat Akuatik Madinah Al-Salam, Tunjong.

SUMBER: Berita Harian

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM164.35 juta bagi kos pengambilan tanah, kerja-kerja awalan tanah dan penyediaan infrastruktur Kompleks Sukan Bukit Merbau serta Pusat Akuatik.

“Projek pembangunan Kompleks Sukan Bukit Merbau adalah salah satu kompenan utama dalam permohonan kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan sukan (KBS) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” katanya dalam satu kenyataan media.

Kenyataan itu sebagai mengulas laporan media kelmarin melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kerajaan Kelantan memanfaatkan sepenuhnya memperuntukan RM276 juta dari Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan fasiliti sukan Kelantan bagi persediaan SUKMA.

Zamakhshari berkata pembangunaan Madinah Al-Riadhah seluas 64.15 hektar melibatkan 10 pembangunan utama merangkumi stadium utama, lapang sasar, arena tertutup, stadium hoki, padang bola sintetik dan lain-lain.

“Sebagai melengkapi pembangunan prasarana sukan sebuah tapak sekolah sukan seluas 7.2 hektar disediakan bagi mengoptimakan penggunaan fasiliti sukan selain melahirkan lebih ramai atlet bertaraf antarabangsa.

“Ketika ini sebanyak RM18.15 juta dibelanjakan kerajaan negeri bagi tujuan pengambilan balik tanah untuk mencukupkan tapak pembangunan keseluruhan sebagaimana perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Kelantan membelanjakan RM62 juta bagi kerja tanah dan kerja-kerja berkaitan untuk pembangunan jalan masuk serta tapak enam venue sukan, selain RM53 juta bagi tujuan pembinaan infrastruktur Madinah Al-Raidhah Bukit Merbau yang kini berada di peringkat akhir penyelarasan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sebuah Pusat Akuatik, Tunjong bernilai RM25 juta telah diluluskan dan kerja tanah bernilai RM7.7 juta diperuntukkan, selain sebuah trek basikal lasak di Bukit Bakar, Machang dibangunkan melibatkan kos pembangunan RM1.7 juta.

“Sebuah dewan badminton bernilai RM11 juta turut akan dibina di Madinah Al-Salam, Tunjong selain beberapa perancangan lain di lokasi yang sama,” katanya.

Katanya pembangunan tersebut dijangka akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan 2026 sebagai persiapan menganjurkan SUKMA di Kelantan buat julung kali pada pertengahan 2028.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here