Home Buletin Semasa CHARITY FUN RIDE TINGKATKAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

CHARITY FUN RIDE TINGKATKAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

339
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Seramai 600 orang peserta menyertai program ‘Charity Funride For Down Syndrome’ sempena sambutan Hari Sukan Negara 2023, di Kota Bharu Medical Centre (KBMC), di sini, semalam.

Program itu adalah bagi memupuk budaya sihat seperti senaman dan kayuhan amal kepada orang ramai.

Prgoram anjuran KBMC itu bertujuan untuk membawa orang ramai ke arah penjagaan kesihatan mental dan fizikal.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Intelek Ceria Group Healtchare (ICG) Sdn Bhd, Woo Winnie berkata, aktiviti senaman amat penting bagi mengekalkan fizikal dan mental yang sihat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Intelek Ceria Group Healtchare (ICG) Sdn Bhd, Woo Winnie berkata, aktiviti senaman amat penting bagi mengekalkan fizikal dan mental yang sihat.

Katanya, program ‘Charity Funride’ terbuka kepada orang ramai bagi aktiviti kayuhan santai terhadap golongan ‘Down Syndrome’.

“Program hari ini sebenarnya KBMC Funride jadi tahun ini kita buat Charity Funride di mana berikan sumbangan kepada kanak-kanak Down Syndrome di Kota Bharu.

“Hari ini kita juga adakan senaman aerobik untuk kanak-kanak dan kita tekankan kepentingan kesihatan dengan mengamalkan senaman dalam aktiviti rutin setiap hari. Jadi ianya sangat penting,”katanya.

Program ‘Charity Funride’ terbuka kepada orang ramai bagi aktiviti kayuhan santai terhadap golongan ‘Down Syndrome’.

Winnie berkata, mereka yang mempunyai masalah ‘Down Syndrome’ kadang-kadang tidak bernasib baik kerana sering dipinggirkan orang ramai.

Namun katanya, mereka perlu diberi perhatian dan kasih sayang untuk berdepan dengan pelbagai cabaran di masa akan datang.

“Kita akan teruskan program ini setiap tahun di mana kita faham kan apa itu down syndrome dari segi keperluan mereka jadi kita sebagai community boleh sumbang bukan sahaja kewangan namun dari segi perhatian dan kasih sayang.

“Mereka akan mendapat mental fizikal yang sihat untuk menghadapi cabaran di luar sana,” katanya.

Menurut Winnie, pihaknya merancang untuk menganjurkan aktiviti Funride seumpama itu kepada golongan anak yatim, pelajar sekolah dan pondok pada masa akan datang.

Seorang peserta, Rahimin Razak, daripada kumpulan Takir Cycling berkata, meskipun penat ketika mengayuh basikal namun itu tidak menjadi penghalang baginya untuk meneruskan kayuhan sejauh 40 kilometer.

“Saya sertai program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan juga santai bersama rakan-rakan serta untuk memberi sokongan kepada Program Charity Funride untuk Down Syndrome,” katanya.

Rahimin razak bersama rakannya Hazizi Hamat dari Kumpulan Takir Cycling.

Katanya, pengalaman yang diperoleh ketika mengayuh basikal beramai-ramai adalah suatu aktiviti yang baik kerana dapat mengenali ramai orang daripada pelbagai bangsa.

Manakala, seorang lagi peserta, Azman Ibrahim, 58, berkata dia sudah dua kali menyertai aktiviti kayuhan amal anjuran KBMC tersebut.

Azman Ibrahim, 58, berkata dia sudah dua kali menyertai aktiviti kayuhan amal anjuran KBMC tersebut.
Saya juga menjalani latihan sebelum sertai mana-mana program kayuhan basikal untuk menguji ketahan diri saya, dan hari ini saya amat berpuas hati dengan capaian yang dapat iaitu dapat menamatkan kayuhan sejauh 40 kilometer,”katanya.

Katanya, dia menjalani latihan beberapa kali sebelum menyertai mana-mana kayuhan basikal untuk menguji kecergasan dan ketahan dirinya.

Selain itu, tambah Azman, golongan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk berdisiplin dalam memilih aktiviti sukan untuk anak-anak mereka.

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here