Home Buletin Semasa SAMBUTAN HSN 2023 PERKUKUH SEMANGAT PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT

SAMBUTAN HSN 2023 PERKUKUH SEMANGAT PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KALANGAN MASYARAKAT

293
0

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 peserta daripada kementerian, jabatan dan agensi, menyambut Hari Sukan Negara peringkat Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pekarangan Stadium B, Bukit Jalil, hari ini.

Menurut kenyataan media, sambutan diadakan bertujuan untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif selaras dengan Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, dengan mengetengahkan tema #FitMalaysia dan #HSN2023, Hari Sukan Negara disambut pada minggu kedua, bulan Oktober dengan pelbagai pengisian dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

“Semangat perpaduan dan integrasi nasional dapat diperkukuhkan menerusi aktiviti sukan dan rekreasi, sekaligus menjadi platform menyatupadukan rakyat Malaysia.

“Selain itu, penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi dapat menyuntik kesedaran akan kepentingan gaya hidup aktif dan cergas dalam kalangan masyarakat,”katanya dalam kenyataan.

Pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan lagi sambutan seperti sesi senamrobik, larian UNITI Fun Run, sesi ‘Kick-off’ Street Soccer, ‘Penalty Challenge’ serta karnival UNITI@Pesta Bola Merdeka.

– Kementerian Perpaduan Negara –

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here