Home Sukan KVARATSKHELIA MAMPU GANTI SALAH DI ANFIELD-WARNOCK

KVARATSKHELIA MAMPU GANTI SALAH DI ANFIELD-WARNOCK

156
0

LIVERPOOL: Bekas pertahanan Liverpool, Stephen Warnock memilih Khvicha Kvaratskhelia sebagai pengganti Mohamed Salah sekiranya bintang Mesir itu meninggalkan Anfield.

Salah, 31, bermula cemerlang pada kempen kali ini selepas diburu kelab Arab Saudi pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Al-Ittihad menawarkan 215 juta pound (RM1.24 bilion) untuk Salah tetapi Liverpool enggan melepaskan pemainnya itu.

Bagaimanapun spekulasi perpindahan Salah tidak berhenti di situ dengan Al-Ittihad kekal berminat mendapatkan perancang Liverpool itu yang kontraknya akan berakhir pada tahun 2025.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Warnock mengakui sukar buat skuad kendalian Jurgen Klopp untuk menggantikan Salah tetapi menegaskan, setiap pemain ada penggantinya.

“Setiap pemain boleh diganti. Saya pernah mengatakannya tentang (Luis) Suarez. Begitu juga (Philippe) Coutinho, dan dia (Salah) juga boleh digantikan.

“Saya rasa masalah besar dengan Salah ialah jika anda mendapat tawaran 175 juta pound (RM1.01 bilion) dari Arab Saudi, ia sukar ditolak.

“Saya tidak akan menjualnya pada Januari tetapi mungkin musim depan, namun perlu ada seseorang yang akan menggantikannya.

“Salah seorang pemain yang berada di fikiran saya ialah (Khvicha) Kvaratskhelia. Dia pemain muda yang mempunyai potensi, tetapi dia bermain di sebelah kiri. Mampukah dia bermain di sebelah kanan?” kata Warnock.

Pemain 22 tahun Georgia itu memainkan peranan penting ketika Napoli menjuarai Serie A musim lalu dan beberapa kelab ternama Eropah berminat menandatanganinya. – AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here