Home Sukan 3 PEMANAH LEPAS HALANGAN AWAL

3 PEMANAH LEPAS HALANGAN AWAL

143
0
TOKYO, 31 Julai -- Pemanah negara Khairul Anuar Mohamad ketika beraksi pada acara Recurve Individu Lelaki menentang pemanah dari Korea Selatan, Kim Woojin dalam pusingan 16 terbaik pada Olimpik Tokyo 2020 di Yumenoshima Final Field hari ini. Walaupun Khairul Anuar membuat panahan yang sempurna namun tewas di tangan bekas juara dunia dari Korea Selatan Kim Woo Jin dengan mata 6-0. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA TOKYO, July 31 -- National archer Khairul Anuar Mohamad while competing in the Men's Individual Recurve event against South Korean archer Kim Woojin at the Tokyo 2020 Olympics at Yumenoshima Final Field today. Although Khairul Anuar made a perfect archery but lost at the hands of former world champion from South Korea Kim Woo Jin with 6-0 points. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

HANGZHOU: Tiga pemanah negara berjaya mengharungi halangan awal apabila melepasi pusingan kelayakan pertama sekali gus mengesahkan tiket ke peringkat seterusnya.

Pada aksi kelayakan awal yang berlangsung di Pusat Sukan Fuyang Yinhu, pagi tadi, dua pemanah negara iaitu Muhamad Zarif Syahir Zolkepeli dan Khairul Anuar Mohamad masing-masing meneruskan kemaraan ke pusingan penyingkiran 1/32 bagi acara recurve individu lelaki yang akan berlangsung, esok.

Muhamad Zarif melakukan catatan keseluruhan 642 mata untuk berada pada kedudukan 41 daripada 84 peserta manakala Khairul Anuar melakukan catatan 641 mata untuk berada satu anak tangga di belakang Muhamad Zarif.

Dua lagi pemanah recurve negara kandas di pusingan kelayakan iaitu Muhammad Syafiq Busthamin dan Muhammad Danish Amsyar Norazlan dengan masing-masing melakukan catatan 639 mata dan 632 mata untuk berada pada kedudukan 44 dan 55.

-Memetik laporan menerusi berita harian-

Sementara itu, atlet memanah compound wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh turut mara ke pusingan penyingkiran 1/16 apabila berjaya menghuni tangga ke-27 daripada 51 peserta secara keseluruhan.

Atlet berusia 32 tahun itu melakukan catatan 327 mata dan 347 mata untuk menghimpun 674 mata secara keseluruhan.Mengulas lanjut aksinya pada pusingan kelayakan,

pemenang pingat gangsa Kejuaraan Memanah Asia 2015 dalam acara berpasukan wanita itu mengakui perlu mencari rentak terlebih dahulu sebelum mula selesa untuk ‘membidik’ pada set kedua.

“Set pertama agak tidak memuaskan kerana saya masih mencari rentak jadi saya cuba bangkit pada set kedua. Ketika memasuki set kedua, saya cuba melepaskan anak panah seperti biasa.

“Saya harap saya dapat beraksi dengan yakin seperti pada set kedua bagi aksi individu dan berpaskan campuran esok (hari ini),” katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here