Home Sukan FERNANDES LEGAKAN UNITED,TEN HAG

FERNANDES LEGAKAN UNITED,TEN HAG

129
0

BURNLEY, England: Kapten Manchester United, Bruno Fernandes meledak satu gol voli menarik untuk membantu kemenangan 1-0 ke atas Burnley dalam Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi ketika anak buah Erik ten Hag menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Bintang Portugal itu menyempurnakan hantaran Jonny Evans pada masa kecederaan babak pertama dengan merembat masuk melepasi penjaga gol Burnley, James Trafford.

Terdahulu jaringan Evans dibatalkan buat United sekalipun Burnley turut mempunyai banyak peluang dan tidak bernasib baik ketinggalan ketika rehat.

Pelawat lebih selesa pada babak kedua dengan corak berhati-hati Burnley gagal menyaksikan mereka mencipta peluang berbahaya.

Pemain Manchester United, Bruno Fernandes merembat melepasi halangan pertahanan Burnley, Jordan Beyer untuk menjaringkan gol kemenangan 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Turf Moor, Burnley awal pagi tadi. – Foto REUTERS

-Memetik laporan agensi menerusi berita harian-

Burnley mengumpul sekadar satu mata daripada lima perlawanan dan menghuni tangga tercorot menerusi perbezaan gol.

Selepas dua kekalahan berturut-turut liga di tangan Arsenal dan Brighton serta tunduk di Bayern Munich Rabu lalu, tekanan memuncak buat Ten Hag.

Namun apabila beliau mahukan kaptennya memimpin melalui teladan, Fernandes menghasilkan detik berkualiti untuk membolehkan United kembali bersaing.

“Kami sedar kami mengalami momentum yang sukar tetapi kami juga tahu boleh bangkit daripada semua itu,” kata Fernandes.

“Jelas persembahan hari ini bukanlah yang terbaik tetapi kami mendapat tiga mata yang amat penting.” – REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here