Home Buletin Semasa TIGA NELAYAN HILANG DITEMUI DI THAILAND

TIGA NELAYAN HILANG DITEMUI DI THAILAND

Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV

BACHOK: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang ditemukan selamat di Pantai Belawan, Tak Bai, Thailand pada 2.32 petang, semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan Komander Maritim, Khairun Dalilah Baharin, bot yang dinaiki dilaporkan kehabisan minyak.

Katanya bot mereka didapati rosak serta perlu ditunda oleh polis marin thailand hingga ke sempadan malaysia ditemukan 10 kilometer dari sempadan perairan Malaysia- Thailand.

Ketiga-tiga mangsa terpaksa bermalam di Pengkalan Kubor berikutan bot mereka perlu dibaiki dan tiba hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemasin di sini, semalam.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here