Tahap kesedaran orang awam tentang tahap pendawaian masih lagi rendah. Tidak kira di rumah, pejabat mahupun premis. Ia masih dianggap sambil lewa oleh pihak berkenaan.
Menurut pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Zainal Madasin, pihaknya tidak menafikan perkara itu walaupun sudah banyak kempen keselamatan kebakaran sudah dijalankan.
“saya tengok masih ambil lewa, mereka tidak ambil peduli dan mereka tidak merujuk kepada agensi yang bertanggungjawab seperti TNB ke.”
Pihaknya juga sudah mengadakan ceramah dan mengedarkan risalah yang berkaitan di rumah, pejabat, pusat membeli belah juga stesen minyak.

“Benda-benda ni kita dah laksanakan, tinggal tuan rumah atau penghuni bangunan tu laksanakan betul-betul kadang mereka tahu tapi mereka buat.
Penggunaan elektrik penyambungan yang melebihi daripada sepatutnya. Sepatutnya yang plug-plug tu semua cukup untuk satu saja penghubungnya. Contoh seterika tapi dia sambung dengan sumber-sumber yang lain macam tempat masak nasi ke, vacuum lantai ke. Jadi benda-benda ni akan overload akan lebih memberatkan pendawaian tu dan mudah terbakar. Ia akan mengeluarkan bau dan asap dan terbakar.”
Menurutnya, pihak bomba sudah bagi penerangan membabitkan kes berkaitan.
Mereka juga perlu melantik kontraktor bertauliah dalam sebarang pendawaian yang dibuat.
Imedikel TV






