Home Buletin Semasa DEBARAN PERTAMA KALI MENGUNDI

DEBARAN PERTAMA KALI MENGUNDI

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

BACHOK: Nurul Aina Rosli, 18, dari Kampung Bachok merupakan salah seorang anak muda yang pertama kali mengundi di sini.

“Masa dekat dalam bilik mengundi tu, saya rasa berdebar tapi suka pun ada kerana kali ini merupakan kali pertama saya mengundi.

“Alhamdulillah saya pun sudah selesai melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat, jadi bagi saya tak kira la tua ke muda, mereka perlu keluar mengundi kerana itu adalah kewajipan kita pada masa kini,”katanya kepada pemberita setelah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sri Kemudi di sini, hari ini.

Aina berharap, dengan undian yang dibuat sebentar tadi, boleh memberi manfaat kepada seluruh penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Irama.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here